Categories
SELANGOR

926 waris terima khairat kematian SMUE

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 25 NOV: Seramai 926 waris Skim Mesra Usia Emas (SMUE) menerima baki bayaran khairat kematian RM1,500 di Pusat Khidmat DUN Subang Jaya.

Adunnya, Hannah Yeoh, berkata setiap peserta yang mendaftar di bawah skim itu berhak menerima RM2,500 tanpa mengira jantina, kaum atau agama.

“Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh menuntut khairat kematian itu dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka mendaftar.

Hannah Yeoh pic“Bayaran pertama RM1,000 diberikan apabila waris mengesahkan kematian ahli SMUE, sementara baki akan diberikan Pejabat Tanah/Daerah selepas 60 hari kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemberian Khairat Kematian SMUE di pejabatnya, di sini, hari ini,

Pada masa sama, Hannah berkata, bantuan daripada Kerajaan Negeri itu bertujuan meringankan beban keluarga waris.

Katanya, mereka yang ingin memohon hanya perlu membawa dokumen pengesahan bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Selangor.

“Mereka yang ingin memohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur 60 tahun dan ke atas,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.