Categories
NASIONAL

‘Ahmad Maslan 2’ terima kecaman netizen

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 NOV: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terus menjadi kecaman netizen ekoran kenyataan kurang bijaknya berkenaan langkah mengatasi kenaikan tol yang berkuatkuasa 15 Okotber lalu.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial mendapati rakyat tidak berpuas hati dengan cadangan berkenaan, bahkan ada di antara mereka yang menyamakan Abdul Rahman dengan Ahmad Maslan.

Komen 2Seorang pengguna, Musa Awang, berkata rakyat pernah dibodohkan dengan kenyataan nasi goreng tanpa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan terbaru berkenaan tol.

Katanya, keperitan warga kota dalam menghadapi kehidupan seharian juga tidak boleh disamakan dengan penduduk di desa yang tidak berdepan kos sara hidup tinggi.

“Menteri Umno sama sahaja dari dulu, rakyat yang berakal gunakanlah akal pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. Orang kampung boleh hidup dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) melimpah ruah itu, tak habis makan boleh buat derma lagi,” katanya.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Brutal Cheras mendesak supaya menteri menggunakan akal sebelum mengeluarkan kenyataan kerana kebanyakan rakyat terpaksa berhabis raturan ringgit setiap bulan hanya untuk membayar kenaikan tol yang tidak munasabah.

“Kalau sebulan gaji habis untuk bayar tol, apa rakyat nak beri anak bini makan, nak bayar rumah, kereta, senang kata macam-macam kena bayar.

Komen 1“Nanti pada PRU-14 mereka turunkan harga tol, minyak dan lain-lain lepas itu naikkan semula harga barang. Inilah menteri otak kurang upaya,” katanya.

Bagi Zaidi Hussain, kenyataan Abdul Rahman sebagai tidak cerdik berbanding statusnya sebagai menteri kabinet.

“Adakah menteri masih tidak tahu bahawa pengguna jalan raya dari dulu keluar awal untuk ke tempat kerja?” katanya.

Komen 4Antara kenyataan lain daripada netizen adalah “ramainya Ahmad Maslan dalam kabinet dapur Najib,” kata Ibn Abdul Halim.

Mazrab Kanan pula berkata, “Apalah malang nasib rakyat Malaysia mempunyai pemimpin goblok idea.”

yb rafizi parlimenPada masa sama, isu itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang berterima kasih kepada pemimpin Umno ekoran menjadi maharaja lawak terulung.

“Walaupun saya selalu lawan pimpinan Umno, sekali-sekala saya berterima kasih kepada mereka kerana menjadi maharaja lawak terulung.

“Agaknya apa nasihat Najib Razak untuk mengelakkan tol? Dua orang menterinya (Wahid Omar dan Rahman Dahlan) sudah beri jawapan cukup praktikal,” katanya.

Terdahulu, Abdul Rahman mencadangkan rakyat bangun lebih awal untuk ke tempat kerja, selain meminta pengguna memilih jalan alternatif yang sememangnya disediakan kerajaan bagi mengelak daripada membayar tol.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.