Categories
SELANGOR

DUN sertai SelangorPlus dapat RM5,000

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 NOV: Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari memperuntukkan RM5,000 sebagai tambahan kepada DUN yang menyertai Liga Sukan SelangorPlus tahun depan.

Beliau berkata, peruntukan tambahan itu sebagai suntikan supaya setiap DUN menghantar wakil untuk menyertai sukan terbabit.

AMIR“Peruntukan RM30,000 daripada jumlah keseluruhan peruntukan DUN RM700,000 yang diberikan Kerajaan Negeri tidak besar untuk digunakan untuk sukan ini.

“Namun, disebabkan pertambahan kategori sukan yang akan dipertandingkan tahun depan, saya akan memberikan tambahan RM5,000 melalui peruntukan portfolio saya kepada DUN yang menyertai,” katanya dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Pembekalan, di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Amirudin berkata, tahun ini 24 DUN daripada 56 DUN menyertai kejohanan itu bagi kategori sukan futsal, bola keranjang dan bola jaring, manakala dua kategori sukan akan dipertandingkan tahun depan adalah sepak takraw dan tarik tali.

Hari Sukan Negara SMK Rantau Panjang (ASRI)Tahun ini, seramai 12,000 peserta menyertai Liga Sukan SelangorPlus 2015 yang mula dianjurkan April lalu.

Penganjuran Liga Sukan SelangorPlus itu bermatlamat untuk menggerakkan aktiviti sukan kepada generasi muda secara tersusun dan seragam bermula peringkat akar umbi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.