Categories
NASIONAL

Azmin cabar Umno berhadapan, jangan ugut keluarga

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mencabar Umno supaya berhadapan dengan beliau tanpa menekan keluarganya hingga memaksa memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Dengan wajah tenang, Azmin tiba di perkarangan IPD Dang Wangi pada jam 3.00 petang bersama isteri, Shamsidar Taharin dan anaknya, Mohd Basheer yang perlu memberikan keterangan ekoran kehadiran mereka dalam Perhimpunan Bersih 4, pada Ogos lalu.

MB Azmin“Umno jangan ganggu keluarga khususnya anak saya. Mereka harus berdepan dengan saya dan jangan cuba mengugut dengan menekan isteri atau anak saya.

“Saya cabar Umno mari berdepan dengan saya dan kita boleh menangani masalah ini dengan baik,” katanya.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan mengapa anak dan isterinya sahaja menjadi sasaran serta dipanggil memberikan keterangan sedangkan hampir 500,000 peserta hadir dalam himpunan itu.

Beliau secara sinis berkata, Umno yang memerintah ketika ditanya mengapa parti itu menjadi sasaran sedangkan anak dan isterinya dipanggil polis memberikan keterangan.

“Itu petunjuk Umno dalam keadaan terdesak dan nazak. Kami akan teruskan usaha melawan kezaliman dan kemungkaran berlaku dalam negara,” katanya yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Anak azminPerkarangan IPD Dang Wangi sesak seketika apabila penyokong dan beberapa pimpinan KEADILAN hadir memberikan sokongan.

Mohamed Azmin dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum itu turut dipanggil memberikan keterangan kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.

Semalam, menerusi akaum mikro twitter @azminali, beliau memaklumkan Basheer dan Shamsidar dipanggil polis untuk siasatan perhimpunan aman Bersih.

“Sekiranya gagal hadir, waran tangkap,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.