Categories
SELANGOR

Penguatkuasa MPSJ guna motosikal elektrik Januari 2016

Oleh: NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 25 NOV: Penggunaan motosikal elektrik akan mula diguna pakai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bermula Januari 2016.

Yang DiPertuanya, Datuk Norhisham Ahmad Dahalan berkata, ia sekali gus menjadikan MPSJ sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor menggunakan motosikal itu.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (3)Katanya, ia sekali gus memberikan imej dan contoh kepada PBT lain selaras dengan inisiatif ke arah Bandar Hijau 2030 MPSJ.

“Selaras dengan inisiatif Majlis Perbandaran Subang Jaya Ke Arah Bandar Hijau 2030, Program Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) MPSJ bersetuju menggunakan motosikal elektrik daripada Syarikat Eclimo Motor Sdn Bhd bagi tujuan penggunaan oleh Jabatan Penguatkuasaan MPSJ.

“MPSJ adalah ‘Strategic Partners’ bersama Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Eclimo Motor Sdn Bhd beroperasi di Pulau Pinang dan syarikat motosikal elektrik tempatan pertama di pasaran,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Penuh Bulanan MPSJ, di sini, hari ini.

Norhisham berkata, sebanyak 10 motosikal elektrik akan digunakan melalui kaedah penyewaan yang dilihat dapat membantu memberikan penjimatan daripada aspek kos penyelenggaraan kerana ia di bawah tanggungan syarikat.

photo“Antara agensi yang sudah menggunakan motosikal elektrik adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kentucky Fried Chicken (KFC).

“Faedah yang diperolehi bagi pelaksanaan penggunaan motosikal elektrik ini selain daripada aspek penjagaan alam sekitar adalah pelepasan karbon kerana ia tidak mengeluarkan asap kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, motosikal elektrik itu juga tidak mempunyai enjin yang bising dan memberikan faedah terhadap penjimatan daripada aspek kos bahan api kerana tidak menggunakan petrol.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.