Categories
NASIONAL

Azmin sindir ‘parti tua’ halang Timbalan Presiden rasmi sayap wanita & pemuda

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 27 NOV: Mohamed Azmin Ali secara sinis menyindir UMNO yang menghalang Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memberikan ucapan perasmian sayap pemuda dan wanita pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Selaku Timbalan Presiden KEADILAN, beliau sendiri hari ini merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN berbanding UMNO yang hanya akan dirasmikan oleh Ketua Sayap bermula 8 hingga 12 Disember.

“Ada parti tua yang menghalang Timbalan Presiden merasmikan sayap wanita dan pemuda,” katanya di Dewan Sivik MBPJ.

Meskipun tidak menyebut UMNO, namun berdasarkan kenyataan mutakhir ia jelas merujuk kepada UMNO.

Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya pada 24 November lalu memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno bulan Disember depan akan dirasmikan ketua sayap masing-masing dan bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden berkata, keputusan itu dicapai bagi mengekalkan ‘suasana baik dan positif’ perhimpunan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.