Categories
SELANGOR

Bantuan pembangunan usahawan rentasi fahaman politik

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 NOV: Tiada keperluan bagi peserta dan usahawan yang ingin mengikuti program keusahawanan di Selangor, menyertai mana-mana parti politik.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata semua peserta hanya perlu memenuhi syarat ditetapkan dan tiada sebarang syarat tambahan dikenakan.

“Tidak perlu jadi ahli KEADILAN, PAS atau ahli DAP.

DNS-2015-small“Jika Umno ada cadangkan atau sesiapa sarankan untuk menyertai mana-mana parti atau apa-apa, saya minta beritahu saya,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Menjawab pertanyaan lisan Lai Nyuk Lan (DAP-Sungai Pelek), beliau berkata, pihaknya menyasarkan lebih kurang 1,000 peserta mampu dibantu di sepanjang tahun ini.

Katanya, secara keseluruhan seramai 763 peserta menyertai pelbagai program dan latihan keusahawan dijalankan sehingga 4 November lalu.

“587 usahawan menyertai program latihan dan kursus, 30 peserta (Program 4P – Peningkatan Pengupayaan Pembungkusan Produk), 146 peserta (Program Promosi Selangor) dan 76 peserta (Program Dana Usahawan Mikro Selangor).

“Bagi program selanjutnya, kita ada lagi program latihan keusahawanan dianggarkan kira-kira 70 hingga 80 peserta menyertainya kelak manakala 100 peserta mengikuti Program Promosi Selangor dianjurkan Exco Pelaburan Selangor.

“Program Dana Usahawan Mikro Selangor pula seramai 117 peserta menyertainya selepas ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.