Categories
NASIONAL

Bersatu lawan BN, elak berdepan tiga penjuru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 NOV: Kesanggupan pemerhati daripada PAS, DAP, PSM dan Amanah duduk bersama mendengar ucapan dasar Presiden KEADILAN dianggap sebagai petanda positif buat Pakatan Harapan (Pakatan) menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengarah Latihan KEADILAN, Fuziah Salleh, berkata beliau yakin kerjasama antara PAS dan parti dalam Pakatan Harapan dapat dimetarai sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Fuziah Salleh“Hari ini kita lihat mereka duduk bersama mendengar ucapan Presiden. Saya percaya kesepakatan boleh dicapai sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya kepada Selangor Kini pada Kongres Nasional Tahunan kali ke-11 KEADILAN di IDCC di sini, hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengingatkan semua pihak harus bersatu menentang kezaliman Kerajaan Barisan Nasional (BN).

nurul izzah“Kita tidak ada pilihan lain kerana sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru sama juga memberi kemenangan kepada BN sebab itu kita harus bersatu,” kata Nurul Izzah.

Katanya lagi, kegagalan meletakkan calon satu lawan satu berhadapan BN pada pilihan raya nanti bermakna pembangkang gagal mengambil kesempatan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.