KUALA LUMPUR 8 NOV: Dua gempa bumi melanda Ranau, Sabah pada awal hari ini, dengan kejadian pertama pada 12.27 malam tadi dan kedua pada 3.40 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media melaporkan gempa bumi pertama berukuran 2.9 pada skala Richter manakala gempa kedua berukuran sederhana 5.3 pada skala Richter.
Kejadian kedua-dua gempa berkenaan menyebabkan gegaran berlaku di Ranau, menurut kenyataan itu.
EZY