Categories
SELANGOR

Fitnah Raja Muda: Sebutan kes Rahim 5 Januari

SHAH ALAM, 5 NOV: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan kes hasutan membabitkan mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik disebut semula, pada 5 Januari 2016.

Permohonan penangguhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan mendapat kebenaran Hakim, Slamat Yahya yang kemudiannya menetapkan tarikh sebutan itu.

Penetapannya dibuat berdasarkan keterangan diberi bahawa terdapat beberapa isu berkaitan kes termasuk dokumen perlu belum diserahkan.

FITNAH RAJA MUDAKes dikatakan berkaitan Abdul Rahim, 65, memuat naik status di laman media sosial milik, Rahim Tamby Chik, mendakwa Tengku Amir Shah murtad.

Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan bahan penerbitan menghasut itu.

Sinar Harian melaporkan, pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, bagi pertuduhan lain, Pengerusi Risda itu turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan pilihan menggunakan kemudahan aplikasi facebooknya secara sedar telah membuat dan melakukan penghantaran komen jelek dengan niat menyakiti hati orang lain.

Bagi tuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam kawasan Istana Mestika, Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, 25 September lalu.

Penerbitan dilakukan Abdul Rahim menerusi laman sosial turut mendapat laporan media.

Bagaimanapun Dewan Diraja Selangor menerusi kenyataan media selepas itu menafikan dakwaan bahawa Tengku Amir Shah menukar agama.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.