Categories
SELANGOR

Selangor pantau sindiket pungut wang

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 NOV : Kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengambil tindakan tegas terhadap sindiket pungutan wang haram.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata sindiket yang sering berkeliaran di kawasan masjid dan jalan raya itu memberi persepsi tidak sihat kepada Selangor sebagai negeri maju.

MB Azmin“Banyak aduan diterima berkenaan hal itu, saya akan adakan perbincangan bersama PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya eksploitasi ini diambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri bersedia memberi bantuan jika benar mereka yang terbabit dengan pungutan wang berasal dari keluarga miskin.

“Jika benar dalam kalangan mereka adalah miskin hingga terpaksa meminta sedekah, maka kita akan bantu mereka,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.