Categories
NASIONAL

Halang Izzah, Tian Chua masuk Sabah tindakan bacul

Oleh : AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 27 NOV : Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengharamkan kemasukan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua ke negeri itu adalah tindakan bacul.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tiada bukti kukuh menunjukkan dua pemimpin itu bersekongkol dengan pengganas yang dikaitkan dengan serangan di Lahad Datu.

MB Azmin“Apa hak halang mereka (Nurul Izzah dan Chua) masuk ke Sabah?

“Belum ada bukti menunjukkan mereka bersekongkol dengan mereka yang menuntut Sabah, ini adalah tuduhan dan Nurul Izzah sudah mengambil tindakan undang-undang jadi kita serahkan kepada mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Nasional Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini hari ini.

Kenyataan itu susulan tindakan DUN Sabah mengharamkan kemasukan Chua dan Nurul Izzah ke Sabah.

Larangan itu dikeluarkan susulan isu pertemuan Nurul Izzah dengan puteri kesultanan Sulu, Jacel Kiram pada 9 November lalu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.