Categories
NASIONAL

Isu gambar: Izzah sedia beri kerjasama, tapi…

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 NOV: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, akan memberi kerjasama kepada kerajaan dan pihak berkuasa dalam isu kontroversi membabitkan dirinya bergambar bersama puteri Kesultanan Sulu, Jacel Kiram.

Dalam masa sama, katanya, beliau akan mempertahankan dirinya apabila dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan nanti.

nurul izzah KLSCAH 01“Saya bekerjasama penuh dengan polis dan akan mempertahankan diri saya di Parlimen walaupun ini adalah satu insiden merbahaya.

“Ini bagi memastikan kuasa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu kerana ia merangkumi Ahli Parlimen dalam kejadian berlaku di luar Dewan Rakyat. Ini satu penghinaan juga kepada perlembagaan negara,” katanya.

Nurul Izzah berkata demikian kepada media ketika Kongres Nasional Tahunan Ke-11 KEADILAN, di sini, hari ini.

Semalam, Nurul Izzah hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi direkodkan kenyataan terhadap perkara terbabit.

Beliau juga sebelum ini memohon maaf dan berasa kesal sekiranya gambar itu menggores hati ramai warga Sabah, keluarga mangsa tragedi Lahat Datu serta rakyat Malaysia sambil menyatakan pertemuan itu tidak disengajakan dan dirancang penganjur di Filipina.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.