Categories
SELANGOR

Jelajah Tani inisiatif lebarkan sektor pertanian

Oleh: SYASYA SUFIAN

KUALA LANGAT, 21 NOV: Jelajah Tani Kuala Langat inisiatif Kerajaan Negeri melebarkan pengetahuan sektor pertanian dan asas tani terus kepada rakyat negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM31.6 juta dalam Belanjawan Selangor 2016 khusus bagi pembangunan pertanian dan perkembangan ekonomi negeri itu.

YUNUS HAIRI“Kita akan dapat menyampaikan maklumat secara terus di samping mendekati rakyat dalam program ini.

“Kita juga dapat melihat dan mendengar keluhan petani kerana mereka adalah pembekal hasil bukan sahaja kepada masyarakat Selangor, bahkan seluruh negara,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri dalam usaha menambahbaik tanah di kampung melalui Program Agrobelia iaitu petani muda untuk bersama membangunkan sektor asas tani.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Jelajah Tani Kuala Langat 2015 bagi menggantikan Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu, Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan, berkata program itu membuka ruang kepada rakyat mendapatkan maklumat daripada agensi Kerajaan Negeri.

haslin“Saya berharap masyarat tempatan khususnya petani, penternak dan nelayan dapat memanfaatkan program hari ini.

“Antara aktiviti diadakan seperti jualan pertanian, sukan riadah, gerai daripada agensi kerajaan dan pertandingan memancing,” katanya.

Difahamkan program itu bermula seawal jam 8 pagi dengan melawat tapak lokasi pengumpulan di Kampung Endah kemudian rombongan bergerak ke tapak pembinaan Jeti Tanjung Sepat yang dijangka siap akhir 2016.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.