Categories
SELANGOR

Karnival Jelajah Infratani dapat sambutan menggalakkan

OLEH SABIRAH AZIZ

SELAYANG, 26 NOV: Pelaksanaan Karnival Jelajah Infratani Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer merupakan program pertanian terakhir bagi tahun ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sejak ia diadakan, terdapat pelbagai penambah baikan telah dibuat.

“Antaranya adalah peningkatan penyertaan dari segi khemah jualan dan pameran yang dianjurkan pada hari ini.

“Selain jualan dan pameran produk berkaitan pertanian, terdapat juga pameran dari jabatan berkaitan infrastruktur dan kemudahan awam untuk memberi penerangan tentang projek yang sedang dan akan dilaksanakan.

“Di samping itu, mereka turut menerima aduan dan pandangan daripada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jelajah Infratani peringkat negeri di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, petang semalam.

Karnival tersebut pertama kali dijalankan tahun ini pada 22 April lalu di DUN Tanjung Sepat, Sepang.

Pada masa sama, Zaidy berkata, DUN Taman Templer kini mempunyai program tambahan iaitu ‘food bank’ yang disumbangkan oleh syarikat luar dan kewangan PKM, menjadikan 500 orang penerima di kawasan tersebut.

=EZY=

Categories
SELANGOR

100,000 disasar kunjungi Agrofest 17 Disember

Oleh: SYASYA SUFIAN

SELAYANG, 13 DIS: Karnival Pertanian Agrofest mensasarkan 100,000 pengunjung bakal hadir memeriahkan program di Stadium Kuala Selangor pada 17 hingga 20 Disember ini.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Program Karnival Jelajah Tani peringkat DUN Taman Templer adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri mempromosikan Karnival Pertanian Terbesar atau Agrofest.

jelajah tani“Tahun ini kita merangka mengadakan di tiga DUN bermula di Tanjung Sepat, Taman Templer dan berakhir di Sungai Burung.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program itu dengan disediakan pelbagai acara menarik dan gerai berasaskan industri asas tani,” katanya.

Katanya, Program Jelajah Tani itu juga bertujuan mempromosikan program pertanian dengan pelbagai aktiviti pertanian dijalankan.

“Kita juga memilih kawasan di luar bandar untuk mengetengahkan pertanian kepada penduduk kerana aktiviti pertanian kurang mendapat pendedahan.

“Diharap program itu dapat memberi lebih pendedahan kepada orang ramai khususnya kepada anak muda bahawa pertanian adalah salah satu kaedah memperoleh pendapatan lumayan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Jelajah Tani inisiatif lebarkan sektor pertanian

Oleh: SYASYA SUFIAN

KUALA LANGAT, 21 NOV: Jelajah Tani Kuala Langat inisiatif Kerajaan Negeri melebarkan pengetahuan sektor pertanian dan asas tani terus kepada rakyat negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM31.6 juta dalam Belanjawan Selangor 2016 khusus bagi pembangunan pertanian dan perkembangan ekonomi negeri itu.

YUNUS HAIRI“Kita akan dapat menyampaikan maklumat secara terus di samping mendekati rakyat dalam program ini.

“Kita juga dapat melihat dan mendengar keluhan petani kerana mereka adalah pembekal hasil bukan sahaja kepada masyarakat Selangor, bahkan seluruh negara,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri dalam usaha menambahbaik tanah di kampung melalui Program Agrobelia iaitu petani muda untuk bersama membangunkan sektor asas tani.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Jelajah Tani Kuala Langat 2015 bagi menggantikan Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu, Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan, berkata program itu membuka ruang kepada rakyat mendapatkan maklumat daripada agensi Kerajaan Negeri.

haslin“Saya berharap masyarat tempatan khususnya petani, penternak dan nelayan dapat memanfaatkan program hari ini.

“Antara aktiviti diadakan seperti jualan pertanian, sukan riadah, gerai daripada agensi kerajaan dan pertandingan memancing,” katanya.

Difahamkan program itu bermula seawal jam 8 pagi dengan melawat tapak lokasi pengumpulan di Kampung Endah kemudian rombongan bergerak ke tapak pembinaan Jeti Tanjung Sepat yang dijangka siap akhir 2016.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jelajah Tani ke DUN Hulu Bernam 23 Nov

Oleh:AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 NOV: Menjelang penganjuran Selangor Agrofest 2014, Kerajaan Selangor meneruskan Program Jelajah Tani pada Ahad ini, 23 November di Dewam Sri Bernam.

Kali ini di DUN Hulu Bernam, penganjuran kedua Program Jelajah Tani, Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib akan mengadakan lawatan kerja ke beberapa kawasan meninjau aktiviti pertanian.

IMG-20141121-WA0029Antaranya bakal dilawat adalah Ladang Pisang Cangkat Asa, Kolam Ikan Kampung Serigala, Ladang Tenusu Kampung Sungai Nilam serta lawatan Infrastruktur di Bukit Beruntung

Zaidy juga dijangka akan menyempurnakan Majlis Pemberian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa II peringkat DUN Tanjung Sepat.

Sebanyak tujuh DUN yang telah dipilih bagi tujuan ini dan berakhir di DUN Jeram pada 14 Disember 2014 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.

Penganjuran sulung Program Jelajah Tani ini telah diadakan di Dun Tanjung Sepat pada 16 November lalu.

Selangor Agrofest 2014 dijadualkan berlangsung pada 18 – 21 Disember 2014 di Stadium Sungai Besar.

EZY

Categories
SELANGOR

Program Jelajah Tani 7 DUN bermula 16 Nov di Tanjung Sepat

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 14 NOV : Program Jelajah Tani anjuran Kerajaan Selangor akan diadakan di tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula di Tanjung Sepat pada 16 November 2014 (Ahad) dan berakhir di DUN Jeram pada 14 Disember 2014.

IMG-20141112-WA0011Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Zaidy Abdul Talib, berkata program berteraskan pembangunan sektor pertanian itu bertujuan untuk mempromosikan program Selangor Agrofest 2014.

Orang ramai diharap dapat memeriahkan program itu yang diisi dengan pelbagai acara menarik dan gerai berasaskan industri asas tani.

Acara kemuncak itu dijadualkan berlangsung pada 18 – 21 Disember ini di Stadium Sungai Besar.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Aimaan di talian 03-5510 7150.