Categories
NASIONAL

Jingga 13 desak SPRM siasat isu dana YaPEIM

Oleh: LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA, 19 NOV: Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan menyeluruh berhubung penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) berjumlah RM223,000.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, berkata wang itu digunakan pemimpin wanita Umno ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

Katanya, ia berdasarkan dokumen Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM, bertarikh 24 April lalu.

cikgu fariz -web1“Minit itu menunjukkan Lembaga Pemegang Amanah meluluskan pemberian dana membabitkan penganjuran program usrah dan ziarah daerah Rompin, Pahang.

“Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun semuanya diserahkan kepada Siti Jeliha@Zaleha Hussin dalam bentuk wang tunai.

“Semua serahan itu dibuat ketika kempen PRK Rompin berlangsung,” katanya sebelum membuat laporan di SPRM Putrajaya, di sini, hari ini.

Fariz berkata, Jeliha adalah Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah YaPEIM juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kubang Kerian.

“Kita mahu tahu adakah benar pemegang amanah meluluskan dana itu dan benarkah digunakan untuk PRK Rompin.

“Jika ya, apa program dijalankan dan siapa menerima manfaat hasil sumbangan orang ramai ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.