Categories
SELANGOR

JP-ABAS sedia kaji perbelanjaan DEIG

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 NOV: Ng Sze Han (DAP-Kinrara) berpandangan tiada masalah bagi Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) menjalankan kajian berkaitan perbelanjaan membabitkan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG).

Sze Han yang juga merupakan ahli jawatankuasa JP-ABAS berkata, cadangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang) diterima baik dan pihaknya akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

NG SZE HAN“Ia satu cadangan positif dan Dato’ Menteri Besar juga mengatakan memastikan mengenai akauntabiliti dan transparensi sebelum DEIG beroperasi.

“Saya nampak ia (isu perbelanjaan sebelum beroperasi) bukan masalah untuk dikaji,” katanya kepada Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Sze Han berkata, setakat ini jawatankuasa terbabit tidak dimaklumkan berhubung perkara itu dan perlu dibuat sesi pendengaran mengenainya.

Katanya, bagaimanapun berdasarkan maklumat diperoleh sebelum ini DEIG masih belum beroperasi dan tiada sebarang pelaburan atau aktiviti dijalankan.

“Jika untuk modal permulaan itu ia tidak pasti lagi,” katanya.

Semalam, dalam perbahasan belanjawan 2016, Abdul Khalid meminta JP-ABAS membuat kajian sama ada DEIG membuat perbelanjaan awal sebelum ia beroperasi.

Katanya, sesebuah organisasi ditubuhkan sebelum memulakan beroperasi, antara perkara penting perlu dilihat ialah berapa banyak jumlah perbelanjaan awal atau dana berkaitan anak syarikat Selangor sudah dibelanjakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.