Categories
SELANGOR

Kejayaan pentadbiran Selangor dan Pulau Pinang inspirasi tumbang BN

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 30 NOV: Kejayaan pentadbiran Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang diyakini bakal menjadi faktor terpenting gabungan terbabit mencipta kejayaan menumbangkan Umno-Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke14 (PRU14) akan datang.

Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, berkata pentadbiran cemerlang Pakatan di kedua-dua negeri itu sentiasa menjadi buah mulut banyak pihak serta rakyat yang mengkaguminya.

suk“Kejayaan Kerajaan Negeri di Selangor dan Pulau Pinang adalah faktor penting ke arah kejayaan dalam PRU14 nanti.

“Kejayaan Pakatan bergantung kepada kedua-dua negeri terbabit,” katanya dalam ucapan di Kongres Nasional Tahunan Ke-11 KEADILAN di sini, semalam.

Beliau berkata, Pakatan perlu mengekalkan tradisi dan pencapaian diraih kini supaya mampu mempengaruhi rakyat bagi membuat pilihan tepat dalam PRU kelak.

Katanya, usaha gigih perlu diteruskan semua pihak dalam Pakatan demi membina tanggapan kukuh di kalangan rakyat bagi memilih gabungan terbabit.

“Saya menyeru Menteri Besar (Selangor) dan Ketua Menteri (Pulau Pinang) termasuk Exco, Adun serta ahli majlis bertungkus lumus bekerja supaya Selangor dan Pulau Pinang terus menjadi berita kejayaaan kepada kita semua,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.