Categories
SELANGOR

Kekal takrif air bukti Selangor pro rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANGI, 18 NOV: Pengekalan tarif air di Selangor membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa menekankan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata berita terbabit tentu menggembirakan walaupun terdapat pihak tertentu cuba menafi dan memanipulasikan isu berkenaan.

niknazmi“Keutamaan adalah kepada rakyat tetapi pada masa sama kita berharap mereka dapat gunakan air dengan jimat dan bertanggungjawab.

“Ini kerana kadar penggunaan air di Selangor adalah antara paling di dalam negara,” katanya kepada Selangor Kini di sini, semalam.

Beliau berkata, langkah berjimat cermat perlu diamalkan kerana masyarakat akan menghadapi masalah apabila berlaku musim kering.

Katanya, sebelum ini rakyat berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kemarau, catuan air, jerebu dan sebagainya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.