Categories
SELANGOR

Majlis Inovasi pacu Selangor jadi Negeri Berinovasi

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 NOV: Penubuhan Majlis Inovasi Selangor diharapkan mampu mewujudkan Selangor sebagai ‘Negeri Berinovasi’.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) berkata, penubuhan Majlis itu perlu merangkumi perbagai perancangan, pelan induk, agensi, majlis perundingan dan exco berkaitan.

Wan AzizahKatanya, gagasan untuk mencapai ‘Inovative State’ pertama di Malaysia, boleh dicapai dengan menyusun atur aset, agensi dan perancangan sedia ada dalam Belanjawan 2016 pada kerangka baru.

“Peruntukan baru mesti dipertimbangkan dengan tiga program koordinasi antaranya program menggalakkan kerjasama pintar antara institusi pengajian tinggi,” kata Dr Wan Azizah di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau berkata, Kluster Perubatan dan Sains Hayat boleh menjadikan Universiti Selangor (UNISEL) sebagai universiti penyelidikan utama dalam bidang perubatan dan sains hayat.

“Ia dengan membangunkannya bersama IPT lain dan sektor swasta di Selangor Bio Bay dan program ‘Health Tourism’ bersama Selgate.

“Kluster Industri Halal pula menjadikan UNISEL sebagai universiti penyelidikan dalam sains pemakanan dan pensijilan halal dengan membangunkan bersama IPT lain dan sektor swasta di Hab Halal Pulau Indah,” katanya.

Dr Wan Azizah turut mencadangkan Kolej Antarabangsa INPENS menjadi pusat latihan kemahiran bertaraf dunia dengan usahasama industri di Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.