Categories
SELANGOR

PAS: Fokus terus kerja bela rakyat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 NOV: PAS Selangor terus menumpukan usaha memberi perkhidmatan kepada rakyat dan mengelakkan desakan parti politik lain.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata isu politik perlu diketepikan ketika ini dengan memberi fokus kepada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).

Iskandar PAS“PAS berada dalam kerajaan dan tugas kita jalankan tanggungjawab sebagai sebahagian daripada kerajaan.

“Sepatutnya fokus kepada kerajaan dan membela rakyat serta beri perkhidmatan,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Annex, di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan sekarang semua pihak perlu fokus menyelesaikan masalah rakyat.

“Bukan untuk bermain politik sebab rakyat pun jemu dengan permainan politik serta mahukan sesuatu perbezaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.