Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 7 NOV: Dakwaan kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mempengaruhi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyertai parti itu dan bergabung dengan Umno di Selangor adalah tidak benar.
Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata perkara seumpama itu tidak pernah dibincangkan sebelum ini.
“Saya jumpa semua presiden parti (termasuk PAS). Bagaimanapun perkara itu (pujukan menyertai PAS) adalah tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita.
Enggan mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri masih kukuh dan barisan Exco serta wakil rakyat terus berkhidmat untuk rakyat.
“Itu adalah fokus kita. Biar kami kuat kerja. Sesiapa mahu bercakap hal politik silakan tetapi saya hanya akan bercakap soal kerja kerana saya mahu kerja,” katanya.
EZY