Categories
NASIONAL

MB : Umno-BN tak hargai peranan besar penjawat awam bangun negara

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 27 NOV: Umno-Barisan Nasional (BN) ternyata tidak menghormati dan mensia-siakan peranan, idea dan potensi besar penjawat awam di negara ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata Putrajaya terlalu bergantung kepada perunding asing dalam perancangan dan pembangunan negara.

Katanya, ia tidak patut berlaku kerana penjawat awam lebih memahami konteks sejarah, persekitaran sosio-politik dan kebudayaan serta komited terhadap visi Malaysia.

KONGRESS PKR 2015“Ia mengecewakan. Kita amat bersimpati dengan penjawat awam yang terpaksa berkhidmat di bawah rejim Putrajaya yang korup dan mengabaikan kepentingan rakyat serta mencemarkan imej negara di mata dunia.

“Bukankah penjawat awam lebih arif keperluan melakukan perubahan dan pembaharuan bagi negara menghadapi cabaran abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Angkatan Muda dan Wanita KEADILAN 2015 di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengalamannya di Selangor membuktikan penjawat awam setia kepada nilai dan etika profesyen serta mampu menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang jika diberikan ruang, peluang dan pengiktirafan.

Azmin-Rakyat“Penjawat awam di Selangor membuktikan kesetiaan dan kesungguhan mereka mengutip hasil yang jauh lebih besar daripada sasaran bagi tahun 2015.

“Sebagai menghargai sumbangan mereka, Kerajaan Negeri juga memberikan bonus satu bulan setengah gaji berbanding Putrajaya yang hanya memberi elaun khas sebanyak RM500 sahaja.,” katanya.

Kutipan hasil Selangor melonjak kepada RM 2.3 bilion sehingga penghujung November 2015 melepasi unjuran awal berjumlah RM 1.97 bilion selain rizab juga meningkat kepada RM3.6 bilion, setakat September 2015.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.