Categories
NASIONAL

Najib perguna mahkamah singkir lawan politik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempergunakan institusi mahkamah untuk memastikan lawan politiknya hilang kelayakan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata tindakan itu dijalankan dengan melibatkan beberapa pemimpin utama pembangkang yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

pc bersih 7 suaram - web“Human Rights Watch menyifatkan ini siri tindakan balas dendam oleh pentadbiran rapuh dalam rangka mematahkan kritikan disuarakan banyak pihak.

“Tindakan ini bertujuan membunuh lawan-lawan politik dan juga bakal calon pilihan raya akan datang selain merupakan usaha penindasan politik,” kata Maria dalam sidang media bersama Bersih dan Suaram (Suara Rakyat Malaysia) di pejabat Bersih di sini, hari ini.

Jelas beliau, antara pemimpin utama pembangkang yang sudah didakwa atau sekurang-kurangnya disiasat termasuk Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Exconya, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy dan Exconya Dr Afif Bahardin.

Selain itu turut terlibat sama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Lim Kit Siang (Gelang Patah), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Rafizi Ramli (Pandan), R. Sivarasa (Subang), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Ko Chung Sen (Kampar), Nga Kor Ming (Taiping), Ng Wei Aik (Tanjung), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Teresa Kok (Seputeh), N.Surendran (Padang Serai) dan mendiang Karpal Singh.

Manakala sekurang-kurangnya dua Adun yang turut menjadi sasaran terdiri Adun Seri Delima, RSN Rayer dan Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh.

“Sekiranya mereka didapati bersalah menyebabkan hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya serta menafikan hak pengundi memilih wakil rakyat yang mereka suka,” kata Maria lagi.

Katanya, Bersih 2.0 dan Suaram menyifatkan tindakan itu adalah taktik keji mencantas lawan politik sekaligus membelakangkan proses demokrasi.

“Berbanding menewaskan mereka di medan pilihan raya, proses undang-undang nampaknya disalah guna bagi memastikan mereka ditewaskan sebelum sempat bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.