Categories
SELANGOR

PAC profesional dan bebas pantau kewangan negeri

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 NOV: Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor berperanan secara profesional bagi memantau dan mengawal selia kewangan serta perbelanjaan Kerajaan Negeri.

Pemangku Pengerusinya, Ng Suee Lim, berkata tiada masalah mengenai perkara itu meskipun jawatankuasa terbabit tidak diketuai Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN).

DNS-2015-small“PAC Selangor merasakan kita adalah antara yang bebas dan profesional, melakukan apa yang perlu kita lakukan.

“Pembangkang walaupun enggan menyandang jawatan utama tetapi mereka sebagai ahli biasa datang untuk memenuhi jawatankuasa mesyuarat dan berperanan seperti mana sepatutnya,” katanya kepada Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam konteks itu secara tidak langsung pembangkang di Selangor mengetahui PAC berperanan pengawal selia akaun kerajaan tetapi kekangan di peringkat pusat maka mereka menolak memegang jawatan itu.

Adun Sekinchan itu berkata, sejak memangku jawatan terbabit, beliau meneruskan sesi mesyuarat dan pendengaran tertutup diamalkan sebelum ini.

“Tiada masalah ekoran ketiadaan ketua pembangkang kerana tidak dilantik BN dan saya mengambil tanggungjawab berkenaan.

“Selepas sidang DNS kita juga ada sesi pendengaran melalui beberapa pertemuan dan laporan Ketua Audit Negara. Kita lebih berpandu kepada laporan daripada agensi itu,” katanya.

Katanya, PAC Selangor tidak menghadapi kongkongan, halangan daripada pihak eksekutif terhadap sebarang arahan termasuk kacau ganggu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.