Categories
NASIONAL

NOW dakwa YaPEIM belanja lebih RM200,000 di Australia

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 NOV: Selepas mendedahkan pembaziran dilakukan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Amerika Syarikat, Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan butiran terbaru mengenai program di Australia.

Pengerusinya, Akmal Nasir mendakwa YaPEIM terlibat langsung menjayakan Forum Menggalakkan Nilai-nilai Islam dalam Kebudayaan dan Agama: Masa Depan dan Cabaran dengan anggaran perbelanjaan RM218,505 pada 16 hingga 26 April 2014 di Brisbane, Sydney dan Melbourne.

NOW AKMAL“Jumlah peserta disasarkan adalah seramai 50 sehingga 70 orang, terdiri daripada penuntut Malaysia di Australia.

“Apakah rasional YaPEIM terlibat dalam penganjuran program ke luar negara sebegini dengan kosnya begitu mahal sedangkan hanya sebilangan kecil menerima manfaat,” soalnya.

Berdasarkan dokumen Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Mengikut Agensi Program Kembara Santun 2014, Akmal berkata terdapat empat agensi YaPEIM terlibat untuk menjayakan program ini.

“Agensi terlibat adalah Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN), YaPEIM, Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM (INPUT) serta Ar-Rahnu dengan anggaran jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah RM218,505.

“Berdasarkan bukti-bukti tersebut, benarkah agihan perbelanjaan adalah seperti berikut?” soalnya.

YaPEIM JAMIL KHIRAkmal berhadapan tindakan undang-undang daripada Datuk Seri Jamil Khir Baharom terus mengasak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu dan Lembaga Pemegang AmanaH YaPEIM untuk menjawab dakwaan jika dokumen berkenaan benar.

Beliau turut membangkitkan mengapa pembiayaan dilakukan melalui PEMANGKIN dan YaPEIM paling besar sedangkan agensi perniagaan YaPEIM iaitu Ar-Rahnu hanya menampung sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan program itu.

“Apakah keperluan menaiki penerbangan kelas bisnes untuk Program Kembara Santun dan siapakah mereka yang menaiki penerbangan kelas bisnes?

“Adakah PEMANGKIN bermaksud Yayasan Pembangunan Ekonomi Anak Yatim dan Miskin?” soalnya lagi.

Jelasnya, jika terdapat lebihan pendapatan sekalipun, wang tersebut seharusnya disampaikan kepada mereka memerlukan seperti anak yatim, fakir dan miskin mengikut konsep amal jariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.