Categories
NASIONAL

Obama disambut dengan protes TPPA

KUALA LUMPUR, 20 NOV : Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama ke tanah air petang tadi disambut dengan protes kira-kira 20 orang peserta, lapor Malaysiakini.

Bantahan itu disertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) di luar kedutaan AS, Jalan Ampang selepas solat Jumaat.

OBAMA NAJIBMereka bertindak meletakkan memorandum membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di luar kedutaan itu.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berkata mereka tidak menyerahkan memorandum itu kepada wakil kedutaan sebaliknya hanya meletakkan di lantai sebagai tanda ‘tidak menghormati Amerika’.

“Kita akan menghantar memorandum bantahan yang tidak akan dihantar kepada kedutaan sebab kita tidak menghormati kerajaan bernama Amerika.

“Kita akan hadir ke sana dan tampal di hadapan kedutaan,” katanya di hadapan Bangunan Tabung Haji.

PROTES OBAMAPeserta yang menyertai protes itu juga membawa plakad tertera ‘war disney’ dan ‘killer’.

Obama tiba bagi menghadiri sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di ibu kota.

Leave a Reply

Your email address will not be published.