Categories
NASIONAL

Obama disambut dengan protes TPPA

KUALA LUMPUR, 20 NOV : Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama ke tanah air petang tadi disambut dengan protes kira-kira 20 orang peserta, lapor Malaysiakini.

Bantahan itu disertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) di luar kedutaan AS, Jalan Ampang selepas solat Jumaat.

OBAMA NAJIBMereka bertindak meletakkan memorandum membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di luar kedutaan itu.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berkata mereka tidak menyerahkan memorandum itu kepada wakil kedutaan sebaliknya hanya meletakkan di lantai sebagai tanda ‘tidak menghormati Amerika’.

“Kita akan menghantar memorandum bantahan yang tidak akan dihantar kepada kedutaan sebab kita tidak menghormati kerajaan bernama Amerika.

“Kita akan hadir ke sana dan tampal di hadapan kedutaan,” katanya di hadapan Bangunan Tabung Haji.

PROTES OBAMAPeserta yang menyertai protes itu juga membawa plakad tertera ‘war disney’ dan ‘killer’.

Obama tiba bagi menghadiri sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di ibu kota.

Categories
NASIONAL

Anwar gembira Obama prihatin pelbagai isu pembangkang di Malaysia

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 APRIL: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa gembira dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang tidak mengabaikan keadaanya walaupun tidak berjumpa ketika kunjungannya minggu lalu.

Katanya, Obama menyatakan rasa prihatin melalui pertemuan empat mata yang diadakan melalui wakilnya iaitu Penasihat Keselamatan US, Susan Rise bagi menyampaikan pandangan beliau untuk disampaikan kepada Obama.

“Walaupun untuk berjumpa atau tidak dengan saya menjadi sedikit kontroversi, tapi bila beliau sebut sendiri yang “saya tidak bertemu Anwar tetapi itu tidak bermakna saya tidak pihatin berkenaan isu yang ada” dan itu sahaja saya sudah rasa ada mengandungi mesej yang penting.

anwar white“Ketika saya, Lim Guan Eng dan Mustafa Ali berjumpa dengan Susan Rise ‘one to one’, dia sangat jelas dengan berkata bahawa Presiden ingin meyakinkan kepada saya bahawa beliau menyokong pertemuan ini untuk mendapatkan pandangan daripada pihak saya dan akan menilai berkenaan isi pertemuan ini.

“Dan itu sangat jelas dan saya rasa beliau akan sampaikan isi pertemuan itu kepada Presiden berkenaan isu kehakiman, isu yang dibangkitkan seperti pilihan raya, negeri pakatan yang tidak dilayan sama rata dan beberapa isu lagi,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Anwar dalam satu kenyataan semalam berkata, pertemuan itu dikatakan bertujuan untuk mendapatkan input berkenaan strategi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan menyesyorkan perbualan telus berkenaan rundingan bagi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Pada masa sama, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut menyuarakan berkenaan integriti pilihan raya di Malaysia, sementara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menekankan kesulitan apabila kuasa Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kesan kepada beberapa Kerajaan Negeri yang ditadbir pembangkang.

“Lawatan Presiden Obama adalah sangat dialukan rakyat Malaysia dan jelas untuk memberikan semangat kepada kerajaan yang dipimpin Najib. Saya rasa mereka sudah gagal untuk melakukan itu.

“Sebab Obama dan pembantunya sudah berjumpa dengan banyak pihak dan mendengar secara langsung berkenaan kemarahan dan kekecewaan serta rasa prihatin berkenaan isu penindasan, diskriminasi kaum, atau ketidak sama rataan dalam beragama,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Obama perlu bersuara, beritahu Najib rekod hak asasi Malaysia teruk

KUALA LUMPUR, 28 APRIL: Amnesty International (AI) Amerika Syarikat mendesak Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bersuara kepada pihak berkuasa Malaysia berkenaan isu pelanggaran hak asasi manusia di negara ini.

Pengarah Advokasi Antarabangsa, T Kumar turut mendesak Obama untuk menggesa Malaysia menuntut pemansuhan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa Malaysia untuk menangkap dan memenjarakan aktivis dan pembela hak asasi manusia.

“Ini termasuk Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak & Akta Penerbitan dan Akta Perhimpunan Aman.

121204_barack_obama_ap_605“Lawatan Presiden Obama ke Malaysia boleh mewujudkan peluang penting untuk menolak penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa Malaysia dalam menjamin hak asasi manusia.

“Hak asasi manusia di Malaysia semakin teruk dan Presiden Obama perlu bersuara bagi hak rakyat yang sedang didiamkan pemerintah Malaysia,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Pada masa sama, Amnesty International turut menggesa Obama melihat keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II yang jelas bermotif politik.

“Pemerintah (Malaysia) bertahun secara terang-terangan menyerang suara pembangkang yang penting.

“Presiden Obama perlu beritahu Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak secukupnya supaya rekod hak asasi manusia di Malaysia dibaiki,” katanya.