Categories
SELANGOR

PADAT: Kenal pasti kesenian tradisi jadi imej negeri

Oleh: HAFIZAN TAIB

KLANG, 2 NOV: Kerajaan Negeri dalam proses mengenal pasti pelbagai kesenian tradisi yang terdapat di Selangor untuk diangkat sebagai imej rasmi negeri.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata usaha dijalankan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) itu membabitkan dengan beberapa kajian bagi mendapatkan rumusan.

yb amir -markshot 6“Saya sudah mengadakan mesyuarat dengan PADAT bagi mengenal pasti beberapa kesenian tradisi untuk diketengahkan menjadi imej Selangor.

“Contohnya tarian, lagu atau apa sahaja dirasakan boleh jadi imej kesenian Selangor,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, jawatankuasa pembangunan kebudayaan negeri juga menggerakkan pelbagai program bagi membantu usaha terbabit.

“Sebagai negeri termaju, Selangor mempunyai kepelbagaian kebudayaan dan kesenian ekoran menjadi tumpuan penduduk dari luar.

“Menjadi tanggungjawab bersama bagi mengenal pasti seni asal untuk diketengahkan sebagai kesenian tradisi Selangor,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.