Categories
SELANGOR

PBT terlibat langsung perkasa sukan Selangor

NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 NOV: Pihak berkuasa tempatan (PBT) kini diberikan tanggjungjawab menjalankan program sukan akar umbi dibawah pantauan Majlis Sukan Negeri (MSN).

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata dua pegawai dari setiap PBT akan dilantik dan digaji oleh MSN bagi memastikan program dirancang selari dan seimbang khususnya membabitkan Sukan Malaysia (SUKMA).

PC YB Amir SUKSES 2015 (1)“Antaranya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melaksanakan program olehraga, bowling dan sepak taqraw, Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula Squash dan Sukan Layar.

“Sukan ini dipilih PBT dan daerah masing-masing bergantung kepada kemudahan di wilayah mereka,” katanya dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Pembekalan, di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Amirudin (PKR-Batu Caves) berkata, Pusat Latihan Daerah akan memastikan program sukan dilakukan secara berterusan.

“Kaedah lama, kita mengambil masa persediaan tujuh hingga lapan bulan mulakan latihan dan kenal pasti pemain, namun kaedah baru kita mengambil inisiatif untuk menyelasarkan semua jabatan pendidikan dan persatuan merujuk PBT memberi sokongan tambahan kepada program sukan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata peruntukkan bagi SUKMA tahun ini ditingkatkan ekoran kejohanan itu berlangsung di Sarawak.

“Sudah tentu disebabkan tempat yang jauh jadi kos logistik akan bertambah. Kita sedang berdepan dengan kejohanan besar yang mempertandingkan 25 jenis sukan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.