Categories
NASIONAL

Perancis lancar serangan udara di kubu kuat IS

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 NOV: Perancis melancarkan serangan udara semalam (awal hari ini waktu Malaysia) terhadap kubu kuat Negara Islam (IS) al-Raqqa di Syria.

Sementara itu di Belgium, gerakan diteruskan memburu lelaki berusia 26 tahun yang disyaki memainkan peranan dalam serangan pengganas di Paris.

Paris-shootingKementerian Pertahanan Perancis berkata, pengeboman itu membabitkan 10 pesawat Perancis menggugurkan 20 bom seterusnya memusnahkan satu kedudukan komando, peluru disimpan dan menempatkan kem latihan pengganas.

Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius, ketika bercakap di luar sidang kemuncak G20 di Antalya, berkata Perancis sentiasa menyatakan bahawa perkara biasa baginya untuk bertindak balas dalam mempertahankan diri.

“Itulah yang kita lakukan hari ini dengan melancarkan serangan ke atas Raqqa. Kita tidak boleh membiarkan serangan di Daesh tanpa tindak balas,” kata Fabius yang menggunakan nama alternatif bagi negara Islam.

Medics stand by victims in a Paris restaurant, Friday, Nov. 13, 2015. Police officials in France on Friday reported a shootout in a Paris restaurant and an explosion in a bar near a Paris stadium. It was unclear if the events were linked. (AP Photo/Thibault Camus)

Serangan udara dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan pengganas di ibu negara Perancis dengan sekurang-kurangnya 132 terbunuh dan 350 cedera, pada 13 November lalu.

Presiden Perancis Francois Hollande menyifatkan serangan itu sebagai ‘tindakan perang’ dan berikrar untuk bertindak balas terhadap IS yang mengaku bertanggungjawab.

Kumpulan Pemantauan bagi Hak Asasi Manusia Syria, berkata serangan udara itu menyebabkan pihak militia pelampau meletakkan pejuangnya di al-Raqqa dalam keadaan berjaga-jaga.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lapor kumpulan pemantauan itu.

Tentera Udara Perancis menganggotai pakatan yang diketuai AS yang melancarkan pengeboman di sasaran IS di Iraq sejak September 2014, bahkan sejak September lalu, Perancis beberapa kali menyertai pengeboman itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.