Categories
NASIONAL

Perhebat bincang TPPA, mungkin ditandatangani di NZ Februari depan

SHAH ALAM, 19 NOV : Perjanjian perdagangan utama, Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mungkin ditandatangani di New Zealand, Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu di maklumkan Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Para Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 di Manila.

najib-razak“John Key juga memaklumkan kepada saya, ada kemungkinan bahawa perjanjian ini ditandatangani di New Zealand pada awal bulan dua, sekiranya dalam konteks Malaysia, Parlimen memberi persetujuan kepada perjanjian TPP,” lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Manila di mana kesemua 12 pemimpin negara terlibat TPP bertemu buat kali pertama selepas teks perjanjian perdagangan itu dikeluarkan.

Mesyuarat dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Najib berkata, beliau sudah menjelaskan kepada perdana menteri New Zealand mengenai proses ratifikasi Malaysia.

Menteri Kewangan itu juga berkata, kerajaan akan terus memperbanyakkan perbincangan dengan pihak berkepentingan sehingga TPP dibahaskan di Parlimen pada Januari supaya setiap orang akan memahami peluang dan cabaran di bawah TPP.

TPPANegara-negara yang terlibat TPP menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan ketiga kepada perdagangan global.

APEC terdiri daripada 21 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Daripada 21 negara itu, 12 negara terlibat dengan TPP.

Anggota APEC yang tidak terlibat dengan TPP ialah China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Rusia, Taiwan dan Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published.