Categories
SELANGOR

Rumah ibadat terima RM30 juta dana pembangunan 5 tahun

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 NOV: Sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi agama selain Islam di Selangor dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) bermula 2016 sehingga 2020.

Exco Kanan Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Selain Islam, Datuk Teng Chang Khim, berkata RM6 juta akan disalurkan kepada setiap kumpulan agama yang memohon dalam tempoh setahun untuk aktiviti keagamaan masing-masing.

Katanya, rancangan zon pembangunan rizab tapak rumah ibadat selain Islam yang baru juga akan mula dilaksanakan pada 2016.

teng 1“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah diarah untuk menubuhkan jawatankuasa Rumah Ibadat Selain Islam bagi membolehkan ahli majlis dan pegawai menggubal garis panduan, tatacara dan peraturan yang lebih jelas.

“Ia penting dalam menyelesaikan dan mengurangkan isu rumah ibadat  yang dibina secara haram dan mengelakkan pertikaian permohonan tanah selain memastikan pemaju tidak mengambil mudah isu ini dalam kawasan projek pembangunan mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau menyerahkan cek agihan berjumlah RM929,000 kepada beberapa pertubuhan agama Taois, 79 kuil Buddha dan beberapa organisasi kemasyarakatan.

TENG RUMAH IBADATBeliau berkata, peruntukan rumah ibadat bukan Islam pada tahun ini meningkat sebanyak dua kali ganda iaitu RM600 juta.

Katanya, daerah Petaling meningkat dari RM355,000 tahun lepas kepada RM435,000 tahun ini, Klang dari RM349.000 kepada RM684,000, manakala Gombak daripada RM40,000 kepada RM152,000.

“Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) sedang memproses permohonan peruntukan bagi agihan cek kali ke-11 dan ke-12.

“Pertubuhan tokong Buddha yang ingin memohon dana peruntukan segera mengemukakan permohonan kepada pentadbiran UPEN dalam tempoh seminggu dari sekarang,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.