Categories
NASIONAL

Permohonan PM batal saman Anwar 14 Disember

SHAH ALAM, 11 NOV : Permohonan pembatalan saman Datuk Seri Najib Razak terhadap KEADILAN dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar pada 14 Disember depan.

Ia susulan dakwaan kontroversi ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri yang menjadi bualan seluruh dunia.

Memetik portal Malaysiakini, tarikh itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab.

najib-razakPeguam Michelle Kummar yang mewakili KEADILAN dan enam yang lain, berkata pihaknya akan mengemukakan afidavit jawapan berhubung permohonan Najib hari ini.

Terdahulu, Najib dijadualkan akan memberi jawapan pada hari terakhir sesi Dewan Rakyat pada 3 Disember depan.

Bagaimanapun, tiada kepastian sama ada beliau akan berpegang pada keputusan yang dibuat sebelum ini.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga sebelum ini mahu permohonan pembatalan ditetapkan sebelum Perdana Menteri memberi jawapan di Parlimen.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan sebarang kerumitan undang-undang ekoran perkara itu adalah kes mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.