Categories
SELANGOR

RM4 juta baiki 76 balai raya seluruh negeri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri membelanjakan RM4 juta sepanjang tahun ini bagi membaiki 76 balai raya untuk memastikan keselesaaan masyarakat luar bandar di Selangor.

Exco Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri juga membina sebuah balai raya baru di Kuala Selangor.

yunus hairi soal jawab DUN 01“Untuk dewan orang ramai, memang kita tidak ada peruntukan bina dewan baru. Dengan peruntukan RM4 juta ini, sedikit sebanyak dapat berikan keselesaan kepada pengguna balai raya yang ada dan merancang membina semula beberapa balai raya yang amat usang,” katanya.

Dr Ahmad Yunus berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang perbekalan 2017 di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Ketika menyentuh isu kenaikan elaun ketua kampung, beliau memberitahu pihaknya sudah merangka kertas kerja untuk kenaikan elauan golongan terbabit pada 2017.

Bagaimanapun, katanya, cadangan itu tidak dimasukkan tahun ini memandangkan kekangan perbelanjaan dalam belanjawan 2016.

Katanya, kali terakhir ketua kampung di Selangor dapat menikmati kenaikan elaun awal tahun ini dengan berjumlah RM100 kepada RM900.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.