Categories
SELANGOR

Sedia pelapis sambung wawasan PWB

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 3 NOV: Pusat Wanita Berdaya (PWB) wajar menyediakan pelapis supaya kesinambungan pencapaian dan wawasannya dapat diterus serta dilonjakkan.

Rodziah Ismail (KEADILAN-Batu Tiga), berkata pemilihan pelatih atau konsultan kursus yang ditawarkan terutama latihan berkala harus berkemampuan melahirkan wanita yang berdaya.

rodziah DUN soal jawab 01“Saranan saya supaya Kerajaan Negeri dan pejabat Exco memilih konsultan yang memang berwibawa.

“Ia adalah satu cara menyeragamkan tindakan dan pelaksanaan PWB seluruh Selangor. Pihak pengurusan adalah pasukan yang boleh memberi sebarang bantuan untuk menerangkan kandungan SOP terbabit.

“Oleh itu, belanjawan RM3 itu perlu dinyatakan kepada Dewan Negeri dan penggunaannya juga harus selari serta selaras dengan objektif pemberdayaan wanita yang perlu diukur melalui setiap pencapaian program dilaksanakan,” katanya dalam perbahasan Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyelia PWB perlu menghidupkan hubungan dengan pemimpin dan Adun atau penyelaras yang dipilih serta institusi, jabatan juga agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan termasuk penduduk setempat.

PWB“Konsep pemberdayaan untuk memberi daya sehingga wanita boleh berdikari ditahap optima daripada aspek penting harus benar-benar dihayati dan dibekalkan kepada mereka, bukan hanya menurut atau memenuhi masa lapang yang ada.

“Seorang penyelia adalah menjadi nadi kepada perkembangan positif sesebuah PWB menurut apa yang dirancang bersama dalam konteks Pelan Tindakan Wanita Selangor, ia adalah satu mekansme yang menjayakan 12 bidang fokus dengan 11 kelompok sasaran wanita,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.