Categories
SELANGOR

Selangor edar 3,000 tong sampah percuma, tahun depan tambah 10,000

Oleh: NAZLI IBRAHIM

AMPANG, 9 NOV: Pemberian tong sampah percuma kepada kawasan perumahan di Selangor ditingkatkan kepada 10,000 unit pada tahun hadapan berbanding hanya 3,000 unit pada tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata langkah itu diambil sebagai salah satu mekanisme membaiki sistem kutipan sampah di negeri termaju itu.

Penyerahan Tong Sampah kepada PBT di MPAJ - MB (7)“Sampah masih jadi perbualan dan usaha ini perlu diteruskan kerana tidak ada maknanya negeri ini jadi ‘Smart State’ dalam tempoh tiga tahun akan datang tetapi sampah masih menjadi isu,” katanya.

Mohamed Azmin demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Pembekalan Tong Sampah Percuma Kepada PBT Selangor di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, hari ini.

Sekurang-kurangnya 3,000 unit tong sampah dibekalkan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi fasa pertama dengan kos RM271,000.

“Tong sampah terbabit diedarkan di kawasan perumahan tidak membunyai kebuk sampah dan pada tahun depan kita tambah RM1 juta lagi dengan harapan dapat membekalkan 10,000 unit tong sampah,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga mengkaji untuk memberikan tong sampah yang sesuai dengan konsep kitar semula dengan mengasingkan sampah organik dengan sampah kitar semula.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah dalam majlis sama berkata, Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian terhadap sikap penduduk terhadap isu kitar semua di beberapa PBT terpilih.

Jelas beliau, amalan kitar semula juga mampu mengurangkan pengeluaran sampah yang tinggi sekali gus membantu menyelesaikan kepadatan padang pelupusan sampah negeri itu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.