Categories
SELANGOR

Selangor Homemaker ruang wanita sumbang khidmat bakti

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri mewujudkan program Selangor Homemaker bagi membantu wanita berkerjaya di Selangor meneruskan sumbangan dan khidmat bakti kepada negeri.

Dalam sesi penggulungan di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata program terbabit dicadangkan untuk dimulakan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan anak syarikat Kerajaan Negeri, tahun hadapan.

yb daroyah -edit 1“Ia adalah program dirancang Kerajaan Negeri bagi kemudahan golongan wanita berkerjaya di Selangor yang memilih untuk bersama anak dan keluarga, di samping terus menabur sumbangan khidmat bakti kepada negeri.

“Menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri menyediakan program alternatif ini. Kita meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada golongan ini terutama bagi golongan muda juga ibu muda yang mampu menguruskan masa dengan baik serta berkualiti,” katanya berhubung isu disentuh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) dan Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga berharapa program Pusat Didikan dan Terapi Smart Selangor (DIDIK Semart Selangor) akan menjadi perintis bagi membantu ibu bapa yang mempunyai aanak autisme, Cerebral Palsy serta Down Syndrome di Selangor.

Katanya, pihaknya akan menangani permintaan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak dengan sindrom itu dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Orang Kelainan Upaya (OKU) dan badan bukan kerajaan (NGO),

wanita“DIDIK Smart Selangor dijayakan bagi memenuhi keperluan ibu bapa yang mahu menghantar anak autisme, Cerebral Palsy dan Down Syndrome ke kelas khas disediakan,” katanya.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri mengguna dasar pengambilan satu peratus dalam kalangan OKU seperti dinyatakan dalam Pekeliling Perkhdimatan bil 16 tahun 2010.

Beliau berkata, tiada masalah bagi pengambilan tenaga kerja dalam kalangan OKU jika memenuhi keperluan mengikut bidang tugas ditetapkan.

“Bagi pemohon OKU yang layak mengikut keperluan bidang tugas adalah tidak menjadi masalah bagi jabatan atau agensi Kerajaan Negeri untuk mengambil mereka. Kemudahan bagi OKU banyak disediakan Kerajaan Negeri seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan tempat letak kereta di Selangor mulai 2012.

“Pelekat khas kereta untuk golongan ini pula dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya menjawab isu dibangkitkan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.