Categories
SELANGOR

Tak ‘pilih bulu’, sampai rumah Adun Permatang dapat bas percuma

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri bersikap profesional memberi keutamaan kepada penduduk tanpa ‘memilih bulu’ walaupun kawasan diwakili Barisan Nasional (BN) dalam usaha menyediakan bas ‘SmartSelangor’.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS dan Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata RM10 juta diperuntukkan tahun depan bagi meluaskan laluan perkhidmatan bas khususnya kawasan luar bandar.

Cheng Tang KhimKatanya, pihaknya mengambil kira kawasan terbabit antaranya Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang dan Kuala Langat bagi menghubungkan daerah.

“Kerajaan Negeri profesional, tidak kira siapa. BN juga kita beri keutamaan dalam inisiatif menyediakan perkhidmatan bas.

“Ia mesti mengikut keperluan yang dikaji pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkenaan keperluan pengangkutan awam,” katanya dalam penggulungan Rang Undang-Undang Pembekalan, di Sidang Dewan Negeri, di sini, hari ini.

Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) turut menempelak Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) yang mempertikaikan perkhidmatan bas ‘SmartSelangor’ tidak disediakan di kawasannya.

“Sabar. Kita baru ‘start’ enjin mana nak sampai Batang Kali. Kalau nak suap anak makan, kena ikut turutan takkan nak suap kelima-lima sekali.

bas selangorku 1“Kita buat ikut ‘step by step’. Ada peringkatnya. Kita lakukan ini sebab Kerajaan Persekutuan gagal buat. Kita buat peruntukan sendiri.

“Jika Permatang dan Batang Kali tak sabar, minta RM100 juta daripada kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau dana SPAD. Kita buat sampai rumah Permatang dibekalkan bas,” sindirnya.

Beliau berkata, seramai 338,867 penduduk menikmati perkhidmatan bas itu sejak pelancarannya Julai hingga Oktober lalu di tiga kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.