Categories
SELANGOR

Selangor jamin telus, proses tender dibahas sebelum laksana

Oleh : NORHAYATI UMOR

SERI KEMBANGAN, 26 NOV: Tidak timbul isu salahguna dana rakyat kerana sebarang proses tender membabitkan projek pembangunan negeri dibawa ke Sidang Dewan Selangor (DNS) untuk dibahas sebelum ia dilaksanakan.

, berkata konsep tender terbuka juga sudah lama diamalkan sejak 2008 dengan pemaju dipilih berdasarkan merit dan syarat dipatuhi.

MB PC“Projek terlibat akan dibentangkan secara teliti dalam DNS untuk dibahaskan oleh ahli dewan. Kita menyenaraikan semua projek seperti mencantikkan semula pintu gerbang, kubah masjid negeri, pusat pentadbiran mahupun tempat letak kenderaan di perpustakaan Tun Raja Uda.

“Jadi, tidak timbul isu, saya membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kepentingan diri sendiri,” katanya kepada pemberita.

Mohamed Azmin berkata, menerusi tender terbuka syarikat pemaju akan dipilih dan diperhalusi dalam jawatankuasa tender.

“Saya tidak terlibat dan serah kepada profesional dan jawatankuasa itu untuk membuat keputusan,” katanya.

KOTA DARUL EHSANSebelum ini, timbul isu Selangor membelanjakan sebanyak RM9.7 juta untuk membaik pulih pintu gerbang Selangor (Kota Darul Ehsan).

Terdahulu, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata tander kerja membabitkan mengecat semula, pembersihan dan penyelenggaraan lampu diberikan kepada syarikat bernama Islah.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.