Categories
SELANGOR

Selangor yakin SPAN lulus permohonan projek tertangguh

Oleh : NORHAYATI UMOR

SERI KEMBANGAN, 26 NOV: Kerajaan Negeri akan mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk meluluskan beberapa permohonan projek tertangguh akibat krisis bekalan air di Lembah Klang sebelum ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri yakin projek tertangguh itu boleh diluluskan kerana ketika ini Kerajaan Negeri sedang menyiapkan beberapa projek mitigasi.

MB PC“Projek tertangguh itu bukan tertumpu kepada keperluan penggunaan bekalan air tahun depan. Projek mereka ini mungkin siap dalam masa dua hingga tiga tahun.

“Jadi, kita percaya dalam tempoh berkenaan, kita berjaya menyiapkan keperluan dan permintaan air. Perkara ini yang kita sedang rundingkan dengan SPAN supaya beberapa permohonan ini boleh diluluskan untuk 2016,” katanya kepada pemberita.

Mohamed Azmin berkata, keyakinan itu juga ekoran beberapa projek mitigasi yang sedang dibangunkan bagi kelangsungan bekalan air terawat.

“Kita sudah umumkan dua projek pembinaan loji rawatan air yang menelan kos sebanyak RM800 juta dan akan siap menjelang 2017 kerana Projek Langat 2 mengalami kelewatan.

“Projek Mitigasi dua juga dijangka siap Disember depan dan ia mampu menampung bekalan air sehingga 2017,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri komited menyelesaikan semua masalah yang tertangguh selepas pengambilalihan semula industri air yang membolehkan Selangor kembali meneraju industri itu.

EmpanganSebelum ini, 800 projek melibatkan pelbagai sektor dilaporkan tertangguh dan gagal mendapatkan kelulusan berikutan krisis bekalan air yang berlaku di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

SPAN menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti projek-projek pembangunan yang tertangguh termasuk projek perumahan, kilang dan projek komersial.

Leave a Reply

Your email address will not be published.