Categories
SELANGOR

Sepuluh Orang Asal terima Biasiswa Sagong Tasi ke UNISEL

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 NOV: Seramai 10 orang anak Orang Asal akan dipilih menerima Biasiswa Sagong Tasi yang membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke Universiti Selangor (UNISEL) bermula 2016.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pemilihan calon kemasukan ke UNISEL akan mengambil kira beberapa kriteria yang ditetapkan.

nik nazmi a“Ini juga bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri dalam membantu anak Orang Asal melanjutkan pelajaran khususnya yang berasal dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

“Kerajaan Neegeri juga memperuntukkan Biasiswa Sagong Tasi berjumlah RM10 juta yang termasuk di bawah Biasiswa Selangorku,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan awal sudah dibuat antara Kerajaan Negeri dengan Ketua Komuniti Orang Asal Bukit Tapoi bersama wakil UNISEL, pada 7 Oktober lalu.

“Hasil daripada perbincangan itu, satu program Biasiswa Sagong Tasi akan diadakan di Kampung Orang Asal Bukti Tapoi, Sepang dijangka diadakan, pada November ini.

“Kerjasama itu dibuat memandangkan mekanisme pelaksanaan program Biasiswa Sagong Tasi memerlukan pendekatan berbeza berbanding biasiswa di bawah Selangorku,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.