Categories
SELANGOR

Sering rosak, empat lif di SUK diganti

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 NOV: Empat lif di menara Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) ditukar baru ekoran kekerapan mengalami kerosakan dan gangguan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata penggantian lif baru itu membabitkan kos RM1.8 juta dan dijangka siap 2017.

DNS-2015-smallKatanya, keputusan pengantian itu juga dilakukan selaras hasrat Kerajaan Negeri ke arah ‘smart state’.

“Kita sedia maklum, Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri terperangkap dalam lif ini selama 45 minit. Namun, kita mengambil teguran kekerapan kerosakan lif ini sejak akhir-akhir ini.

“Oleh kerana usia lif ini sudah melebihi 13 tahun. Pejabat SUK memohon pemeriksaan dilakukan. Berdasarkan status pemeriksaan itu, ia harus ditukar,” katanya dalam penggulungan peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2016, di Sidang Dewan Negeri, di sini.

Mohamed Azmin berkata kelulusan pertukaran lif itu dilakukan secara perolehan tender dan urusan projek itu mengambil masa selama 18 bulan.

“Diharap dalam tempoh ini, tiada lagi yang terperangkap. Peruntukan pengantian ini dilaksanaka secara ‘one off’ di bawah peruntukan mengurus Belanjawan 2017 kelak,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.