Categories
NASIONAL

SUHAKAM perlu diberi peranan aktif perbaiki indeks hak asasi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) perlu diberikan peranan lebih luas bagi membaiki kedudukan negara dalam pelbagai aspek khususnya melibatkan indeks dunia kebebasan media dan indeks dunia demokrasi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ketika ini negara berada pada kedudukan ke-65 daripada 167 buah negara bagi indeks Dunia Negara Demokrasi, ke-147 daripada 180 negara bagi indeks dunia kebebasan media dan ke-50 daripada 157 negara bagi indeks persepsi rasuah.

SUHAKAM“Suhakam perlu diberikan peranan aktif bagi menjalankan program untuk memperbaiki ranking negara yang menyentuh hak asasi manusia, demokrasi, kebebasan media dan gejala rasuah tetapi apa yang berlaku kita tidak boleh bertanya.

“Takkanlah bertanya pun tak boleh. Kalau tanya ‘masuk dalam’, kena Akta Hasutan dan ada Pagoh digugurkan juga kerana bertanya,” kata Dr Wan Azizah ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Sebaliknya kata Dr Wan Azizah, tindakan kerajaan memotong peruntukan untuk SUHAKAM merupakan tindakan mengundur ke belakang yang memberi kesan negatif terhadap imej negara.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana untuk SUHAKAM bagi 2016 sebanyak RM5.5 juta sahaja berbanding RM10 juta bagi 2015.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.