Categories
SELANGOR

UNISEL menang 2 pingat emas Ekspo Inovasi Islam 2015

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 NOV: Universiti Selangor (UNISEL) menang dua pingat emas dan satu gangsa dalam Ekspo Inovasi Islam 2015 yang berlangsung di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM), pada Oktober lalu.

UNISEL mempamerkan tiga produk inovasi untuk dikomersialkan iaitu Airys-Air Electrolysis (pingat emas) oleh Mohd Fadzli Ahmad dan Hasnu Rizal Zakaria.

Produk kedua yang merangkul emas adalah Ozone Generator–Nonchem Alpha Aquaculture Water Treatment ciptaan Hasnu Rizal Zakaria, Mohd Fadzli Ahmad, Intan Faraha Abd Ghani dan Muzairihanan Md. Moid.

uniselManakala, produk ketiga iaitu Edukits- CELIK Al-Quran oleh Mohammed Nazir Mohd Khalid, Hasnu Rizal Zakaria, Mohd Fadzli Ahmad dan Syahrul Izwan Sawardi.

Difahamkan, 130 produk inovasi dipertandingkan darpada pelbagai institusi pengajian tinggi dan agensi.

Ia adalah ekspo kali ke-6 dianjurkan USIM dengan pemenang membawa pulang pingat emas dan wang tunai bernilai RM 500 serta sijil.

Penyampaian hadiah disampaikan Pro Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.