Categories
SELANGOR

Wanita dominasi skim mikrokredit HIJRAH

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 6 NOV: Golongan wanita dikesan paling ramai mendominasi skim mikrokredit Hijrah untuk perniagaan sejak ia dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Pembangunan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata 70 peratus daripadanya adalah wanita daripada 11,378 peserta berdaftar dengann 887 adalah dalam kalangan ibu tunggal.

“Sejak 2008 sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan wanita dan ibu tunggal dalam aspek pembengunan serta pembentukan dasar.

yb daroyah -edit 1“Kebanyakan program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) juga mengutamakan kaum wanita terutama ibu tunggal mengikut kriteria ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) berkenaan kebajikan wanita ibu tunggal pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Mengulas bantuan Kerajaan Negeri kepada ibu tunggal, Daroyah (PKR-Sementa) berkata, golongan itu digalakkan menyertai program pemberdayaan wanita di setiap DUN.

Katanya, mereka turut diberi latihan kemahiran dan keusahawanan, program jati diri serta pembangunan sosial untuk memupuk keyakinan dan mampu menjana pendapatan.

“Ibu tunggal juga digalakkan menyertai Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) yang memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada peserta untuk membuka taska di rumah.

“Program lain seperti Mammosel, Bantuan Kesihatan Sihat Selangor dan sebagainya akan dinilai dari masa ke masa untuk melihat keberkesanan program berkenaan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.