Categories
SELANGOR

‘Zakat Di Hati’ terap kesedaran berzakat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewajipan berzakat menerusi kempen mega ‘Zakat Di Hati’ yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini hingga 16 Disember.

Dalam laman Facebooknya, LZS berkata kempen ‘Zakat Di Hati’ adalah usaha mendekati dan menanam roh zakat kepada sgolongan masyarakat agar kefahaman tentang kewajipan berzakat berjaya disampaikan.

LZS ZAKATKatanya, selain itu, ia bagi memastikan usaha dakwah itu memfokuskan kepada golongan sasaran melalui pelbagai pendekatan.

“Kempen ini disokong dengan program kutipan dan agihan dalam memberi informasi secara bersepadu kepada masyarakat.

“Semoga program ini berjaya direalisasikan dengan penglibatan semua pihak termasuk kakitangan LZS, ejen zakat, penolong amil, organisasi korporat dan masyarakat,” katanya.

Zakat Di Hati merupakan kesinambungan pada kempen yang pernah dianjurkan LZS.

Penganjurannya kini memasuki tahun ketiga selepas diperkenalkan pada 2013 ekoran sambutan menggalakkan mendorong kempen itu diteruskan.

Kempen dengan tema bersama kami membantu asnaf #zakatselangor menemui orang ramai di beberapa lokasi di seluruh Selangor yang ditetapkan setiap hari.

Melalui kempen itu, LZS juga menawarkan pelbagai jenis hadiah menarik yang ditawarkan seperti pakej umrah dan gajet elektronik.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.