Categories
SELANGOR

100,000 disasar kunjungi Agrofest 17 Disember

Oleh: SYASYA SUFIAN

SELAYANG, 13 DIS: Karnival Pertanian Agrofest mensasarkan 100,000 pengunjung bakal hadir memeriahkan program di Stadium Kuala Selangor pada 17 hingga 20 Disember ini.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Program Karnival Jelajah Tani peringkat DUN Taman Templer adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri mempromosikan Karnival Pertanian Terbesar atau Agrofest.

jelajah tani“Tahun ini kita merangka mengadakan di tiga DUN bermula di Tanjung Sepat, Taman Templer dan berakhir di Sungai Burung.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program itu dengan disediakan pelbagai acara menarik dan gerai berasaskan industri asas tani,” katanya.

Katanya, Program Jelajah Tani itu juga bertujuan mempromosikan program pertanian dengan pelbagai aktiviti pertanian dijalankan.

“Kita juga memilih kawasan di luar bandar untuk mengetengahkan pertanian kepada penduduk kerana aktiviti pertanian kurang mendapat pendedahan.

“Diharap program itu dapat memberi lebih pendedahan kepada orang ramai khususnya kepada anak muda bahawa pertanian adalah salah satu kaedah memperoleh pendapatan lumayan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.