Categories
SELANGOR

Mehmed: Hadiah bermakna buat Sultan Selangor

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 DIS: Kejayaan Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 adalah hadiah paling bermakna sempena Hari Keputeraan ke-70, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jurulatih Selangor, Mehmed Durakovic, berkata pasukannya bermain baik seperti diarahkan dan beliau nyata gembira dapat merealisasikan Misi 33.

Mehmet“Satu perasaan yang hebat malam ini. Selangor sudah menanti hampir 10 tahun untuk memenanginya.

“Sebagai bekas pemain dan jurulatih, kemenangan ini umpama mimpi jadi nyata,” katanya.

Durakovic antara tonggak pertahanan Selangor ketika menjulang Piala Malaysia pada tahun 1995.

Kali terakhir Selangor menjulang piala keramat itu pada 2005 selepas menewaskan Perlis 3-0.

Ketika ditanya perancangan seterusnya, pengendali berasal dari Montenegro itu berkata buat masa ini mereka hanya ingin menikmati detik indah menjuarai Piala Malaysia.

Dalam perlawanan akhir, Selangor menewaskan Kedah 2-0 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-3 dan 47.

Beraksi di Stadium Shah Alam, skuad Red Giants membuktikan kemampuan mereka di hadapan hampir 75,000 penonton walaupun terpaksa beraksi dalam cuaca hujan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.