Categories
SELANGOR

Akta Pengurusan Strata 2013 selesaikan isu perundangan rumah

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 DIS: Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu adalah panduan lebih jelas kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbandanan Pengurusan (MC), pemilik, pembeli dan pemaju.

Exco Selangor, Datuk Iskandar Samad, berkata akta itu bagi menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663) untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan perundangan dan peraturan.

IMG_1822“Kita mengharapkan penubuhan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) berfungsi memastikan kesejahteraan komuniti perumahan strata.

“Akta ini akan menyelesaikan banyak masalah terutama daripada sudut penguatkuasan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Seminar Rumah Selangorku dan Akta Pengurusan Strata (Akta 757) 2015 di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Difahamkan, akta itu juga digubal untuk memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan pengurusan bangunan berstrata serta harta bersama.

Ia bermula daripada peringkat penyerahan milikan kosong sehingga selepas perbadanan pengurusan diwujudkan dan seiring dengan pembangunan berkonsep bangunan berstrata yang semakin meningkat disebabkan harga hartanah melambung serta ruang tapak pembangunan tanah terhad.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.